Assalamualaikum w.b.t. :-D
halloooooo.. hai korang +_+ hahaha.. rasa happy sesangat hari ni. sebab apa ??
ngeh ngeh ngeh , mana boleh bagitahu..peace (Y)
:: sakit tak bila diri ni dipermainkan ?? sedangkan kita rasa selesa dan percaya bila berkawan dengannya . of course la sakitkan.. lagi-lagi apabila sekeping hati ini dipermainkan..
wooo~ jauhnya menerawang.. * tak ada apa-apa kay , i'm single but not available.huhu
okay , sambung persoalan tadi *warna merah tuh.
sejujurnya , memang sakit..yela, pernah la juga terkena dalam situasi begini. kalau ditanya apa perasaan ni ? hrm memang bercampur baur la ada rasa sedih , kecewa, stres, . terasa diri ni bodoh sangat..memang diri ni tempat untuk dipermainkan kot. hurm apapun 'its over' cukup lah sekali dalam hidup. -_- dulu rasa diri ni teruk sangat.. teruk la. susah nak gambarkan macam mana. terasa diri ni jahil , tak tahu apa-apa.tahu nak bersuka ria, nampak betapa bodohnya diri ni time tu.. sedangkan jauh lagi perjalanan hidup ini untuk mengharungi onak duri dalam kehidupan yang sedang menanti di hadapan.. dulu , diri ni pernah merasai bagaimana hidupnya ada pasangan..*woo` bunyi macam menarik . yela, ada orang sayang , ada orang backup , ada orang merindui diri ni dan seumpamanya la..time tu , dalam fikiran asyik teringat je. hrm bak kata orang apa tu,.'an..an..ang..hah angau.' .. so sweet gitu.. prestasi pun terus merundum.terbaik la. memang lalai . orang tengah syok ber'cinta', so jadinya hanyut dengan permainan dunia . Ya Allah betapa lalainya aku time tu. Lindungilah diri ini . .Aku ingin mencari keredhaan-Mu ya Allah..
alhamdulillah Allah permudahkan diri ni ke arah yang sepatutnya dituju..kekadang bila kita pergi ke sesuatu tempat, of course orang akan tanya "da ada pakwe..?" hah ? bom atom sudah keluar dan tepat pada sasarannya.dah agak soalan itu akan dipersoalkan. bila kita cakap "tak ada" ada certain people mesti tak percaya.kata tipu la , disuruh jujur , tak baik menipu , tak perlu malu..hui hui..dasyatkan. kenapa ? hidup ni mesti kena bercinta ke ?? penting sangat ke buat masa sekarang ni ? so stupid ! tolong la, jangan kata itu lumrah hidup seseorang dan lumrah perasaan ni hadir dalam diri.yes ! memang itu lumrah tapi itu adalah ujian untuk kita dan jangan sesekali menyalahgunakan.. bercinta yang lebih manis adalah bercinta selepas bernikah <3 .. tak salah kalau ada sikit perasaan terhadap seseorang tapi jangan la sampai kita tersasar jauh. gunakanlah dengan sebaiknya.. kan elok lebih manis kalau kita pendamkan dulu perasaan tu dan luahkan dekat Allah je. :) ..buat masa ni biarlah ia jadi sekadar berkawan sahaja.jangan lebih-lebih.. belajar dulu , kejar cita-cita yang diimpikan selama ni. ketepikan kesemua yang tak berfaedah tu. cukup la jangan cakap tak boleh belajar tanpa dia , ada semanagat nak datang ke sekolah..isy harap maaf ya , tolong jangan jadi orang yang tak berakal boleh ?? huh, apa nak jadi sekarang ni. come on la, pijak di bumi yang nyata.. jangan sampai diri ni terus hanyut dek penipuan dengan dunia khayalan ini. berubahlah..'bertaubat dan berhijrah' , insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah.mula-mula tu memang susah nak tinggalkan semuanya, susah nak lupakan dia , masih sayangkan dia..tapi smua tu akan kembali seperti biasa.. think positive. biarlah hati ni untuk orang yang sepatutnya diberi.. jangan fikir sangat bab jodoh ni. ada jodoh kita suatu hari nanti cuma kita je yang tak tahu. tunaikan kewajipan kita terlebih dahulu yang mana masih memegang status seorang 'pelajar' ..
Jangan bersedih..
Kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan yang hebat tanda kasih NYA ..
Jalannya dihiasdengan duri-duri luka..
Tidak dibiarkan lena dalam nikmat melimpah.
Tapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah..