-->
skip to main | skip to sidebar
Ahlan Wasahlan

herm~ jangan lupa follow,,yeah!

Followers

Friday, 23 August 2013

Mencari Keredhaan-NYA


Assalamualaikum w.b.t. :-D
halloooooo.. hai korang +_+ hahaha.. rasa happy sesangat hari ni. sebab apa ??
ngeh ngeh ngeh , mana boleh bagitahu..peace (Y)

:: sakit tak bila diri ni dipermainkan ?? sedangkan kita rasa selesa dan percaya bila berkawan dengannya . of course la sakitkan.. lagi-lagi apabila sekeping hati ini dipermainkan..
wooo~ jauhnya menerawang.. * tak ada apa-apa kay , i'm single but not available.huhu
okay , sambung persoalan tadi *warna merah tuh.
sejujurnya , memang sakit..yela, pernah la juga terkena dalam situasi begini. kalau ditanya apa perasaan ni ? hrm memang bercampur baur la ada rasa sedih , kecewa, stres, . terasa diri ni bodoh sangat..memang diri ni tempat untuk dipermainkan kot. hurm apapun 'its over' cukup lah sekali dalam hidup. -_- dulu rasa diri ni teruk sangat.. teruk la. susah nak gambarkan macam mana. terasa diri ni jahil , tak tahu apa-apa.tahu nak bersuka ria, nampak betapa bodohnya diri ni time tu.. sedangkan jauh lagi perjalanan hidup ini untuk mengharungi onak duri dalam kehidupan yang sedang menanti di hadapan.. dulu , diri ni pernah merasai bagaimana hidupnya ada pasangan..*woo` bunyi macam menarik . yela, ada orang sayang , ada orang backup , ada orang merindui diri ni dan seumpamanya la..time tu , dalam fikiran asyik teringat je. hrm bak kata orang apa tu,.'an..an..ang..hah angau.' .. so sweet gitu.. prestasi pun terus merundum.terbaik la. memang lalai . orang tengah syok ber'cinta', so jadinya hanyut dengan permainan dunia . Ya Allah betapa lalainya aku time tu. Lindungilah diri ini . .Aku ingin mencari keredhaan-Mu ya Allah..
alhamdulillah Allah permudahkan diri ni ke arah yang sepatutnya dituju..kekadang bila kita pergi ke sesuatu tempat, of course orang akan tanya "da ada pakwe..?" hah ? bom atom sudah keluar dan tepat pada sasarannya.dah agak soalan itu akan dipersoalkan. bila kita cakap "tak ada" ada certain people mesti tak percaya.kata tipu la , disuruh jujur , tak baik menipu , tak perlu malu..hui hui..dasyatkan. kenapa ? hidup ni mesti kena bercinta ke ?? penting sangat ke buat masa sekarang ni ? so stupid ! tolong la, jangan kata itu lumrah hidup seseorang dan lumrah perasaan ni hadir dalam diri.yes ! memang itu lumrah tapi itu adalah ujian untuk kita dan jangan sesekali menyalahgunakan.. bercinta yang lebih manis adalah bercinta selepas bernikah <3 .. tak salah kalau ada sikit perasaan terhadap seseorang tapi jangan la sampai kita tersasar jauh. gunakanlah dengan sebaiknya..  kan elok lebih manis kalau kita pendamkan dulu perasaan tu dan luahkan dekat Allah je. :) ..buat masa ni biarlah ia jadi sekadar berkawan sahaja.jangan lebih-lebih.. belajar dulu , kejar cita-cita yang diimpikan selama ni. ketepikan kesemua yang tak berfaedah tu. cukup la jangan cakap tak boleh belajar tanpa dia , ada semanagat nak datang ke sekolah..isy harap maaf ya , tolong jangan jadi orang yang tak berakal boleh ?? huh, apa nak jadi sekarang ni. come on la, pijak di bumi yang nyata.. jangan sampai diri ni terus hanyut dek penipuan dengan dunia khayalan ini. berubahlah..'bertaubat dan berhijrah' , insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah.mula-mula tu memang susah nak tinggalkan semuanya, susah nak lupakan dia , masih sayangkan dia..tapi smua tu akan kembali seperti biasa.. think positive. biarlah hati ni untuk orang yang sepatutnya diberi.. jangan fikir sangat bab jodoh ni. ada jodoh kita suatu hari nanti cuma kita je yang tak tahu. tunaikan kewajipan kita terlebih dahulu yang mana masih memegang status seorang 'pelajar' ..






Jangan bersedih..
Kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan yang hebat tanda kasih NYA .. 
Jalannya dihiasdengan duri-duri luka..
Tidak dibiarkan lena dalam nikmat melimpah.
Tapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah..




Posted by Halawatul Iman at 23:01 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Khas buatmu yang bergelar wanita...



Assalamualaikum, , , :-D







Cantiknya wanita kerana kejernihan wajahnya... 
Manisnya wanita kerana senyumannya yang indah... 
Ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriahnya... 
Hebatnya wanita kerana keimanan & ketaqwaan yang teguh...       Hiasilah peribadimu dengan ahklak yang terpuji... 
Nilai diri seorang Muslimah Sejati...

"seindah hiasan adalah wanita solehah "





Alangkah indahnya jika di dunia ini dihiasi dengan muslimah solehah yang berpegang teguh dengan tali agama Allah dan sering menghiasi bibirnya dengan berzikrullah. Muslimah solehah bagaikan kuntuman mawar yang sedang mekar menceriakan suasana dengan penuh girang dalam peliharan Ar-Rabb. Personalitinya bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu kerana segala cabaran dan dugaan yang mendatang akan ditempuhinya dengan bekalan iman dan ilmu di dadanya. Tutur katanya yang lahir dari keikhlasan jiwa yang bersih menghasilkan tindak tanduk yang berteraskan syariat Islamiyyah yang menyejukkan qalbu yang memandang, bagaikan titisan embun pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi mendatang.

Muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya tetapi dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi di sebaliknya. Muslimah sejati juga bukanlah dilihat dari sebanyak manakah sumbangannya kepada agama tetapi dilihat dari segi keikhlasannya dalam menyumbang kearah kebaikan. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari  selembut mana lantunan suaranya akan tetapi dilihat sejauh mana bicaranya dalam menyebarkan agama Allah. Muslimah sejati sering bersyukur dan redha dengan segala apa yang dikurniakan Allah dalam hidupnya.

##### Ya Allah…jadikanlah kami para muslimah yang sejati, yang dapat menyumbang serba sedikit perjuangan dalam agamamu. Jadikanlah kami para syuhada dan jadikanlah kami salah seorang bidadari di Firdausi nanti…perkenankanlah doaku ini..amiin ya rabbal a’lamin..







Posted by Halawatul Iman at 20:05 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 7 August 2013

Salam Aidilfitri , , , +_+


"...Saling bermaaf kita bersama lupakan saja sengketa lama..~ lalalala.."
hahaha. :-) .herm , tak lama lagi raya kan kan ?? 
tetiba teringat kat kengkawan..sebelum tu rasa rindu pulak
moment yang lepas. rindu sesangat ! >_<

                         >


"..rindu time ni.." ~ hahaha.. 
- planet 97 -
                                       


Bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikum w.b.t....
hey korang ! salam persahabatan ya ! hahaha
alhamdulillah ke hadrat ilahi..tahun ni kita dapat menunaikan ibadah puasa
dengan sempurna :) .
btw , korang sihat ?? aku rindu la ..
dari hari tu cakap rindu tapi tak datang-datang jenguk korang..
hurm , maaf :( ..aku da usaha kay. hari tuh otw balik dari jasin aku ada berhenti
 kat depan sekolah  then tetiba tak jadi..mungkin lain hari sedang menanti..
maafkan aku eh.. 
ehem ! wei ! di bulan yang mulia ni di sambutnya bulan syawal iaitu bulan kembalinya 
umat islam kepada fitrahnya , aku ingin memohon maaf ke atas keterlanjuranku selama ini.mungkin dalam tidak sedar aku ada buat korang tersinggung dengan sikap ni
apapun maaf sekali lagi ya..
tak lama lagi raya akan menjelma..selamat hari raya ya.
hope time korang otw pulang ke kampung selamat ya.
aku doakan korang selamat pergi dan balik. jaga diri haha
lagi satu ! post la duit raya..
tetiba rasa gatal pulak telapak tangan ni
pocket pun da terbuka luas.terasa ringan je.huhuhu







:: "Maafkan saja segala sengketa lama , 
yang membeku di jiwa. 
Di bulan yang mulia hari yang bahagia
moga ukhuwwah kan terjalin selamanya.."

:: Puji kepada Ilahi , takbir di pagi mulia ,
raikan lebaran , di hari kemenangan. . .

Salam Aidilfitri




Posted by Halawatul Iman at 02:21 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

ceciter - ceciter ^_^

  • Home
  • Tips
  • Cik Empunya Blog
  • Planet 97
Luahan Hati Lara
". .Jatuh cinta itu fitrah, ingin bercinta itu fitrah, jika fitrah itu dibawa dengan aliran yang betul, ia menjadi mulia. Namun jika ia dialiran yang salah , ia akan menjadi hina. " Oleh itu, jagalah hati ini sebaik-baik mungkin^^ Menuju ke jalan yang diredhai___,,

The Owner

Miey Hypocritical

Create Your Badge

CIK EMPUNYEE BLOG



AMIRAH NADIAH

14 FEBRUARY 1997

AQUARIUS17

:: STUDENT::SMKA SUKESUKE::ILY::
Powered by Blogger.

IMPIAN HATI +_+

♥ 11A+ SPM ♥
♥ LEPTOP ♥
♥ KERETA IDAMAN ♥
♥ SAMBUNG STUDY KAT OVERSEA♥
♥ PENSYARAH SYARIAH BERJAYA ♥
♥ KAWEN..HAHA ♥

Talking Here

ngee ~ Tap Tap

,, Mutiara Hikmah,, :-)

:: Jika manusia mengecewakanmu , Jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu

:: Jika manusia menzalimimu , Jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu

:: Jika manusia melukaimu , Jangan berduka kerana Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu

:: Jika manusia menyayangimu , ketahuilah bahawa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu.

:: Jika susah , janganlah merasa pilu . Ada Allah tempat mengadu. Jika gagal , janganlah berputus asa. Ada Allah tempat meminta . Jika bahagia , janganlah jadi lupa . Ada Allah tempat memuja^^


Blog Archive

  • December (1)
  • September (1)
  • August (3)
  • March (3)
  • February (1)
  • December (9)
  • November (3)
  • December (1)
  • September (1)
  • August (6)
  • July (10)

 

Recent comment