". .Jatuh cinta itu fitrah, ingin bercinta itu fitrah, jika fitrah itu dibawa dengan aliran yang betul, ia menjadi mulia. Namun jika ia dialiran yang salah , ia akan menjadi hina. "
Oleh itu, jagalah hati ini sebaik-baik mungkin^^
Menuju ke jalan yang diredhai___,,
:: Jika manusia mengecewakanmu , Jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu
:: Jika manusia menzalimimu , Jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu
:: Jika manusia melukaimu , Jangan berduka kerana Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu
:: Jika manusia menyayangimu , ketahuilah bahawa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu.
:: Jika susah , janganlah merasa pilu . Ada Allah tempat mengadu. Jika gagal , janganlah berputus asa. Ada Allah tempat meminta . Jika bahagia , janganlah jadi lupa . Ada Allah tempat memuja^^